Saturday, May 30, 2009

Cancelled

Today's show has been cancelled due to some technical problem.

Sorry guyssss!

Tuesday, May 26, 2009

Upcoming Show

Kompleks PKNS Shah Alam @ 3pm.

Private Whizz & O-Two

See You Guys There!! Woohooo! ;)

Need Your Support

Single Private Whizz feat Ruffedge ini sudah berada di HOTfm Prelude. Permintaan anda amat diperlukan jika anda inginkan lagu Kepong Garden Setiawangsa City featuring RUFFEDGE didengari di radio. Vote kami dan buat panggilan permintaan lagu di nombor HOT FM (03 77108822). bantu kami memartabatkan lagi music di MALAYSIA.


ERA F.M: 103.3 ( www.era.fm )


Xfresh F.M: 103.0 ( www.xfresh.com )


Hot F.M: 97.6 ( www.hotfm.com.my )


Hitz.F.M: 92.9 ( www.hitz.fm )


Fly FM: 95.8 ( www.flyfm.com.my )


Suria F.M: 105.3 ( http://suriafm.com.my )


RTM: www.rtm.net.my/radio/

New EP (Kepong Garden Setiawangsa City)

Sesi rakaman/adunan/mastering E.P telah selesai. Usaha sama telah dibuat bersama diantara Universal Music dan The Whizz Kit Music, di mana E.P itu nanti akan diedarkan oleh pihak Universal Music. Belum ada tarikh sebenar bila E.P ini akan rilis, tapi InsyaAllah sebelum pertengahan 2009.

Catch Us

www.amp.channelv.com/privatewhizz
www.myspace.com/privatewhizz
facebook : private whizz

do support us! :)

Line Up


  • Ahmad Hamidi Ahmad - Voc / 2nd Guitar
  • Hasrul Hafizi - 1st Guitar
  • Mohd Rezwan - Bassist / Back. Voc
  • Drum Sessionist : Khamazul Nizal

About Us

Private Whizz secara serius bermain muzik pada tahun 1999, bermula apabila mereka melahirkan sebuah E.P yang bertajuk Glass of Hope. Pengasas kumpulan ini, Ahmad Hamidi Ahmad (Midi) mula bermain muzik pada mulanya secara suka-suka bersama rakan-rakan yang lain pada awal 1997. Mereka sering memainkan lagu-lagu cover popular sekitar 70-an seperti kumpulan Deep Purple dan Led Zeppelin sehinggalah kumpulan-kumpulan popular awal 90-an seperti Alice In Chains, Pearl Jam dan Soundgarden. Selain lagu-lagu Ingeris, mereka juga gemarkan muzik rock dari Malaysia, iaitu Search dan juga Wings. Dengan pengaruh daripada kumpulan-kumpulan tersebut, Midi mula menulis lagu yang pertama berjudul Bohemian yang telah diselitkan di dalam E.P pertama mereka Glass of Hope. Selain Ahmad Hamidi Ahmad (penyanyi/gitar), Private Whizz juga dianggotai oleh Mohd Rezwan 'Wan'(bass), Mohd Hasanul Abu Bakar 'Anul' (drums) and Hasrul Hafizi 'PG' (gitar utama). Setelah lima bulan menjual sendiri E.P tersebut, mereka telah dipanggil oleh seorang penganjur untuk mengantikan sebuah kumpulan yang telah menarik diri untuk salah satu persembahan. Mereka terus bersetuju dan pada 19 Oktober 1999 menjadi satu tarikh bersejarah dan yang begitu bermakna bagi Private Whizz kerana tarikh itu merupakan kali pertama mereka membuat pertunjukan pentas dikhalayak ramai. Akan tetapi, tidaklah ramai mana pun. Private Whizz merasa sedikit hampa apabila persembahan pertama mereka yang terletak di Colors Damansara Utama itu tidak mendapat sambutan ramai orang. Walau bagaimana pun, Private Whizz tetap memberikan satu persembahan yang terbaik. Dan dengan melakukan yang terbaik itulah, Private Whizz ditarik keluar oleh seorang lagi penganjur. Penganjur kali ini telah mengajak Private Whizz bermain di sebuah persembahan yang agak besar di Plaza Phoenix. Untuk pertunjukan yang kedua ini Private Whizz berkongsi pentas bersama 23 lagi kumpulan yang hebat, di antaranya termasuklah nama-nama besar pada waktu itu seperti LyMe dan Custom Daisy. Sehingga kini Private Whizz bukan sahaja banyak menerima persembahan underground malah bermain juga di majlis-majlis prompt nite sekitar hotel-hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selain itu, Private Whizz turut terlibat dalam sesi temuramah bersama majalah-majalah dan surat khabar utama di Malaysia, di antaranya ialah Majalah Dragon, ROTTW, Konsert, Majalah 3G, Bacaria, Harian Metro, The Star, The Sun dan beberapa lagi. Bukan itu sahaja, Private Whizz juga dijemput untuk ditemuramah oleh bebeberapa stesen radio tempatan seperti Red 104.9, Wow fm, dan X-fresh fm. Pada tahun 2002 Private Whizz diterima untuk bersama empat lagi kumpulan lain untuk menghasilkan sebuah kompilasi yang diterbitkan oleh Life Records. Pada tahun 2003 Private Whizz mengambil langkah untuk senyap seketika, kerana ingin memberikan tumpuan penuh terhadap E.P yang baru. Private Whizz terpaksa menghadkan persembahan waktu itu, walau pun banyak menerima jemputan dari pihak penganjur. Ia mengambil masa yang lama untuk menyiapkan E.P terbaru ini kerana kesibukan ahli-ahli kumpulan dengan kerjaya masing-masing. Walau bagaimana pun, Private Whizz berjaya menyiapkan sepenuhnya E.P tersebut dan ia telah dipasarkan pada November 2004. Ia merupakan E.P pertama Private Whizz dalam Bahasa Melayu dan diberi judul A Proloque to Something Better. Juara merupakan salah satu lagu yang terkandung dalam E.P ini telah pun diputarkan beberapa kali di stesen-stesen radio tempatan seperti X-fresh fm, Red 104.9, Radio Muzik (Muzik fm) dan salah satu ruangan di Era fm (rock di era selama tiga minggu berturut-turut). Apa yang menarik lagi, Private Whizz telah dijemput oleh pihak TV2 untuk ditemubual dalam salah satu rancangan mereka berjudul Let's Jam. Pada akhir tahun 2005 (tahun sengsara bagi Private Whizz) kesemua anggota Private Whizz telah bersepakat untuk melahirkan sebuah album. Setelah berlatih berbulan-bulan kemudian masuk ke studio dan setelah rakaman siap Private Whizz cuba ke beberapa syarikat rakaman. Banyak kesukaran berlaku diantara pihak kumpulan dan juga syarikat rakaman. Ada syarikat yang ingin menerima tapi disuruh rakam semula lagu mengikut kehendak syarikat rakaman. Apabila dirakam semula, disuruh tunggu pula. Ada juga yang suruh Private Whizz tukar konsep ikut ala-ala indon. Itu takkan mungkin berlaku. Ada yang dah bagi kontrak, tapi belum sempat nak sign syarikat tutup pula. Proses rakaman telah dibuat banyak kali tapi tidak juga dapat untuk menambat hati syarikat rakaman. Pada tahun 2007 Private Whizz bersepakat untuk mengeluarkan sendiri album ini tanpa pertolongan orang lain. 70 % lagu ditulis balik. 100% lagu dirakam semula. Jalan menjadi kembali lurus, malah kerja-kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ini mungkin kerana anggota kumpulan sudah biasa dengan kerja-kerja D.I.Y. Private Whizz mengeluarkan satu prinsip baru yang berbunyi "Kalau orang taknak tolong, kita buat sendiri". Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Album Private Whizz bakal muncul pada 29 Oktober 2007 nanti, dan akan diedarkan oleh Power Records Sdn. Bhd. Album ini diterbitkan sendiri oleh Private Whizz dengan menggunakan nama The Whizz Kit Music Entertainment. Album tersebut diberi judul Lebih Agresif dan mengandungi 11 buah lagu. Album ini juga telah mendapat sentuhan tangan dari Fauzi Marzuki kerana beliau telah mengadun dan masteringkan lagu-lagu yang terkandung. Ahmad 'Jimmy' Ali pula bertindak sebagai producer bersama sekali anggota kumpulan